PENGUMUMAN
HARGAI BUKU , SAYANGI BUKU
BERITA SEMASA

Isu Semasa

12 Disember 2012  Rabu  (08.50 am)
KSSR Lengkapi Kemahiran Hadapi Cabaran.

 KURIKULUM Standrd Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai releven untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.
   Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)  bermula sesi persekolahan Januari 2011 lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris.
   KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.
   Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik mengenai perkara murid patut diketahui dan boleh dilakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan penvcapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
   Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan Kementerian Pelajaran.

1. Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?
   KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan  6 tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Kerampilan Diri.
   KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul).
   KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi, Manusia dan Alam Sekelilingnyan dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis dengan fokus kepada 3M (membaca, menulis dan mengira).

2. Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?
  Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum yang lebih berkesan.

3. Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?
   Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.

4. Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahasa Inggeris?
   Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz, chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.

5.  Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
   KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman Web di KPM seperti berikut; http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03 88842283.

No comments:

Post a Comment