PENGUMUMAN
HARGAI BUKU , SAYANGI BUKU
BERITA SEMASA

Kemahiran Bahasa


PERIBAHASA/SIMPULAN BAHASA
RUJUKAN: BUKU TATABAHASA
md/11/831

1. Peribahasa ialah rangkai kata atau ayat yang mempunyai susunan tetap dan pengertian atau maksud tertentu.
2. Maksud atau pengertian peribahasa ini berbeza dengan rangkai kata atau ayat asalnya.
3. Peribahasa dicipta oleh orang Melayu zaman silam untuk tuuan mendidik, mengkias, pengajaran dan pedoman masyarakat.

Peribahasa Melayu terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
(a) Simpulan Bahasa/Peribahasa
      Simpulan bahasa ialah ungkapan kata yang mempunyai dua patah perkataan atau lebih dan memberi makna berlainan daripada perkataan asal.

Contoh:
1. Anak emas bermaksud anak yang sangat disayangi.
2. Kaki bangku bermaksud orang tidak mahir bermain bola sepak.
Ayat contoh:
1. Aminah merupakan anak emas keluarga Dato' Zainal.
2. Zahid tidak berminat bermain bola sepak kerana dia kaki bangku.

Contoh Lain:
<3 Ada hati ... Mempunyai keinginan yang kuat terhadap sesuatu yang di luar keupayaannya.
<3 Air muka ...Paras rupa atau wajah seseorang.
<3 Durian runtuh ...Keuntungan atau rezeki yang banyak diperoleh dengan tiba-tiba.

(b) Perumpamaan, Pepatah atau Bidalan.
     Perumpamaan, pepatah atau bidalan ialah ungkapan yang membandingkan sesuatu dengan yang lain (unsur alam) dan mempunyai maksud yang tersirat. Biasanya perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.
Contoh:
1. Bagai aur dengan tebing maksudnya sikap tolong-menolong dan kerjasama yang sangat rapat.
Ayat contoh:
Penduduk Kampung Damai sentiasa mengamalkan sikap bagai aur dengan tebing.

Perumpamaan contoh:
--> Bagai bulan di pagar bintang  ... Wajah gadis yang sangat cantik.

Pepatah contoh:
--> Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.  ... Bagaimana ibu bapa, begitulah juga anak-anaknya. Perkara yang mengikut asalnya.
--> Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.  .... Orang yang banyak ilmunya sentiasa merendah diri.

Bidalan contoh:
--> Alah bisa tegal biasa. ... Perkara yang susah akan menjadi mudah jika selalu dilakukan.
--> Indah khabar daripada rupa.  .. Perkhabaran yang selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan sebenarnya.
--> Malu bertanya sesat jalan.   ...Orang yang segan untuk bertanya selalunya akan berhadapan dengan masalah.


09 Disember 2012

IMBUHAN

Imbuhan mempunyai 3 fungsi, iaitu:
  • Mencipta kata baru
  • Membentuk kata terbitan
  • Mengubah golongan kata
Dalam Bahasa Melayu, imbuhan boleh dibahagikan kepada:
(a) Imbuhan Awalan:
     berjalan, belajar, memerah, membelai, mengetam, pelari, penajah, pembesar, pengembara, pelajar, tertanam, perbodoh, dimasak.
Ayat contoh:
1. Jika kita berusaha, kita akan mencapai kejayaan.
2. Penjual itu sedang melayan seorang pembeli dengan mesra.

(b) Imbuhan Akhiran
     Alami, sekatan, betulkan, balutan, kemaskan, awasi, galakan.
Ayat contoh:
1. Bulatkan jawapan yang betul.
2. Amalan membaca hendaklah dijadikan budaya sejak kecil.

(c) Imbuhan Apitan
     berbekalkan, berkenaan, melainkan, mempunyai, menjadikan, mengelakkan, mengatasi, pelajaran, pengaian, pembetulan, kejayaan, perbaiki, perumahan, pergelutan.
Ayat contoh:
1. Dia tetap meneruskan pengajian walaupun keluarganya dalam kemiskinan
2. Kejayaan Akmal dalam peperiksaan itu menjadi kebanggaan ibu bapanya..

19 Disember 2012
Rabu  04.30 pm

RUMUS FRASA KERJA TRANSITIF

  Dalam Bahasa Melayu, frasa kerja transitif mestilah terdiri daripada kata kerja transitif yang diikuti oleh kata nama atau frasa nama. Lihatlah frasa kerja transitif yang di bawah ini.

Kata kerja transitif                 Kata nama atau frasa nama

  • menendang                  bola
  • menonton                     wayang
  • menyatakan                  masalah itu
  • menembak                    tupai yang sedang menebuk kelapa itu
   Jika kata kerja transitif diikuti oleh kata lain seperti kata adjektif, kata sendi, atau kata keterangan, kata kerja transitifmtersebut tidak gramatis. Lihat contoh yang berikut:
...menyatakan tentang perkara itu. (x)
...meningkatkan lagi perkara itu.     (x)
...memahami akan perkara itu.        (x)
...menulis semula karangan itu.       (x)
...membeli juga barang-barang itu.  (x)
...melaporkan dari London.              (x)
...mengambil sekali lagi kursus itu.(x)

   Dengan berdasarkan bentuk-bentuk frasa diatas, rumus frasa kerja transitif dalam bahasa Melayu dapatlah diringkaskan seperti berikut:

FKT = KKT  ---> KN/FN
Huraian : Dalam binaan frasa kerja transitif, kata kerja transitif mestilah diikuti oleh kata nama atau frasa nama.

Untuk menggunakan rumus tersebut, marilah kita menganalisis setiapa ayat yang di bawah ini.

1. Dia menyatakan perkara itu kepada pengetua semalam.
   Huraian: Ayat (1) ini betul kerana kata kerja transitif 'menyatakan' diikuti oleh frasa nama ' perkara itu'.
2. Penulis rencana itu memperkatakan tentang konsert yang diadakan semalam.
   Huraian: Ayat (2) salah kerana binaan frasa kerja transitif dalam ayat tersebut tidak gramatis. Dalam ayat itu, kata kerja transitif 'memperkatakan' diikuti frasa sendi nama 'tentang'. Kata kerja transitif 'memperkatakan' sepatutnya diikuti oleh frasa nama 'konsert yang diadakan'. Ayat yang betul ialah "Penulis rencana itu memperkatakan konsert yang diadakan semalam".
3. Pihak sekolah akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan.
   Huraian: Ayat (3) salah kerana kata kerja transitif 'meningkatkan' tidak diikuti oleh kata nama atau frasa nama. Kata keterangan 'lagi' tidak boleh hadir selepas kata kerja transitif. Ayat yang betul ialah "Pihak sekolah akan tersu berusaha untuk meningkatkan peratus kelulusan PMR pada tahun depan".

25 Disember 2012
11 Safar 1434H  08.30 am
Selasa

4. Kita mestilah memahami akan perkara itu sebelum bertindak.
   Huraian : Ayat (4) salah kerana kata kerja transitif 'memahami' hendaklah diikuti frasa nama 'perkara itu'. Frasa kerja transitif tersebut salah kerana kata kerja transitif 'memahami' diikuti oleh kata sendi 'akan'. Ayat yang betul ialah "Kita mestilah memahami perkara itu sebelum bertindak".
5. Semua pelajar dikehendaki menulis semula karangan itu.
   Huraian: Ayat (5) salah kerana kata kerja transitif 'menulis' diikuti oleh  kata keterangan 'semula'. Perkataan atau frasa yang sepatutnya hadir selepas kata kerja transitif 'menulis' ialah "karangan itu".
6. Dia melaporkan dari London berita itu.
   Huraian: Ayat (6) salah kerana kata kerja transitif 'melaporkan' diikuti oleh frasa sendi nama 'dari London'. Kata kerja transitif 'melaporkan' mestilah diikuti oleh kata nama atau frasa nama 'berita itu'. Ayat yang betul ialah "Dia melaporkan berita itu dari London".
7. Beliau menerangkan kepada pelancong itu tempat-tempat yang menarik di negara kita.
   Huraian: Ayat (7) salah kerana kata kerja transitif 'menerangkan' diikuti oleh frasa sendi nama 'kepada pelancong'. Kata kerja transitif "menerangkan' sepatutnya diikuti oleh frasa nama "tempat-tempat yang menarik". Ayat yang betul ialah "Beliau menerangkan tempat-tempat yang menarik di negara kita kepada pelancong itu."
8. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana mereka kerana berjaya mendaki gunung itu.
   Huraian: Ayat (8) ini betul kerana frasa adjektif 'setinggi-tinggi tahniah' berfungsi sebagai frasa nama. Frasa 'setinggi-tinggi tahniah' dianggap sebagai 'apa', iatu 'mengucapkan apa?'. Ada pendapat yang mengatakan bahawa ayat ini salah. Mereka berpendapat bahawa ayat yang betul ialah "Saya mengucapkan tahniah yang setinggi-tingginya kepada mereka kerana berjaya mendaki gunung itu."
9. Kerajaan telah membatalkan dengan serta-merta kenaikan harga beras itu.
   Huraian: Ayat (9) salah kerana kata kerja transitif 'membatalkan' diikuti ileh frasa sendi nama 'dengan serta-merta'. Kata kerja transitif 'membatalkan' sepatutnya diikuti oleh farsa nama 'kenaikan harga beras itu'. Ayat yang betul ialah "Kerajaan telah membatalkan kenaikan harga beras itu dengan serta-merta."
10. Kami terpaksa mengharungi juga air yang dalam itu untuk ke sekolah.
   Huraian: Ayat (10) salah kerana kata kerja transitif 'mengharungi' diikuti olej kata keterangan 'juga'. Kata kerja transitif 'mengharungi' sepatutnya diikuti oleh frasa nama 'air yang dalam itu'. Ayat yang betul ialah "Kami terpaksa mengharungi air yang dalam itu juga untu ke sekolah."

26 DISEMBER 2012
RABU 12 SAFAR 1434H
09.45pm
dp/08/nov

PENGGUNAAN KATA DALAM

Perkataan dalam tergolong dalam beberapa jenis golongan kata seperti kata arah, kata sendi nama, dan kata adjektif.

Kata Sendi Arah
--> Digunakan di belakang kata sendi nama di dan ke, yang membentuk frasa di dalam dan ke dalam
1. Nurhayu tidur di dalam bilik ibunya.
2. Haris membuang sampah itu ke dalam tong sampah.
3. Saya membaca buku di dalam perpustakaan sekolah.
4. Di dalam kotak itu, ada sepasang kasut sukan.
5. Ibu memasukkan secubit garam ke dalam masakannya.

Kata Sendi Nama
--> Digunakan sebagai kata sendi nama yang membawa maksud 'lingkungan yang tidak mempunyai ruang'.
6. Masalah disiplin akan dibincangkan dalam mesyuarat guru.
7. Dalam hal itu, tidak ada sesiapa yang bersalah.

Kesalahan akan berlaku apabila perkataan dalam digantikan dengan di dalam, seperti ayat di bawah.
Contoh:

  • 8. Masalah disiplin akan dibincangkan di dalam mesyuarat guru.(salah)
  • 9. Di dalam hal itu, tidak ada sesiapa yang bersalah. (salah)
  • 10. Nicol bergiat di dalam lapangan sukan sejak kecil lagi. (salah)
  • 11. Di dalam kehidupan yang serba mencabar ini, kita mestilah berjiwa kental(salah)
Ayat 10 dan 11 dapat dibetulkan dengan membuang perkataan di kerana sepatutnya kata sendi nama digunakan.


---> Sumber: Buku Tatabahasa

No comments:

Post a Comment